Assalamualaikum wrt wbt...:)
Winter break tahun ni kami plan nak ziarah kubur Ahmad Ammar, sambil tu berjalan-jalan di istanbul.
Kami memang sangat nak save budget, tu sebab tak ikut agent mana-mana. Kami just pergi sendiri.
Urusan dipermudahkan lagi dengan pertolongan dua sepupu lelaki saya dan kawan-kawan mereka yang berada di sana. Alhamdulillah, semua perjalanan kami berjalan dengan lancar semasa disana. :)
Kami menyewa apartment daripada orang melayu yang tinggal disana. Nama beliau Aunty Wan dan rumah itu dikenali sebagai "istanbul aku datang". Biasa memang ramai student Malaysia yang datang turkey, sewa dengan dia. Rumah itu selesa untuk 10 orang, tapi kami hari tu datang 12 orang, okay dan selesa je. :) Kami bermalam disini selama 8 malam. Kemudahan disediakan seperti Wifi, Sim card turkey, dan istanbul card. Rumah pun very strategik sebab dekat dengan tramvay. Sewa sehari boleh nego. Actually dalam TL200+ tapi sebab kami student so Aunty Wan bagi discount sehari TL185 dan percuma satu malam. So total, TL1298. Alhamdulillah. :)
Okay, cerita kami mula di Egypt. (saya sertakan harga untuk memudahkan plan orang lain)
Ahad, 26hb Januari-
6:00pm- Semua berkumpul di depan bakan Wilayah Persekutuan. Kami bergerak ke Cairo airport menaiki coaster (sebuah bus travel) dan ditemani 3 Ustaz. Sewa coaster to and fro EGP595.
9:25pm- daripada Cairo ke Istanbul.
11:50pm- Arrived di Ataturk Airport.
Tiba je di airport, waahhhhhhhh hensemnyeeeeeeeeeee orang turkey!!! haha...okay. Disana, ade seorang Turkey bernama Abu Bakar, kawan Aunty Wan tunggu kami. Then dia terus bawa kami naik coaster yang disewa TL200 (to and fro).
Keluar je from airport rase nak nangis. Sejuk yang teramat!!! Angin tiup pun macam boleh tolak kami ni. Huuuuuuuuu......
Isnin. 27hb Januari-
Awal pagi semua excited lepas subuh tak tidur. Semua bersiap untuk jalan2. Keluar je mesti tengok suhu. Suhu pagi ni 0 degree celcius! Ade snowfall sikit2.
Hari pertama, kami jalan2 dengan tour guide kami, Ustaz kepada sepupu saya. Beliau bernama Abdullah Firmansyah daripada indonesia. Alhamdulillah, dia tak minta bayaran. :D
*Mana2 transport kecuali taxi, sekali naik dalam TL2 kalau gune istanbul card.
Tempat yang diziarahi:
1. Topkapi (TL25)
2. Blue Mosque
3. Hippodrome
Ini gambar di kawasan apartment sewa kami.
Di kasawan sultan ahmet.
Topkapi.........
Blue mosque:
Hippodrome
Selasa, 28hb Januari-
2nd day tour guide kami ialah Ust.Mahmud dan kawannye, daripada indonesia.
1. Basilica cistern (TL10)
2. Gulhane park
3. Bhosphorus (TL30-ikut ferryla..ade yg lagi murah)
Basilica cistern
.JPG)
.JPG)
Gulhane park
Bhosphorus
Yeni Cami
Rabu, 29hb Januari-
3rd day tour guide kami ialah Mely, daripada indonesia jugak. :)
1.Dolmabahce palace (TL30)
2. Galata Tower (TL19)
Dolmabahce palace
.JPG)
.JPG)
.JPG)
otw to galata tower
.JPG)
.JPG)
.JPG)
galata tower
View from galata tower
Khamis, 30hb Januari-
4th day tour guide Mely.
1. Miniaturk (TL10)
2. Kubur Ahmad Ammar
3. Teleferik (TL4)
Otw to Miniaturk
otw to eyup by metrobus.
Teleferik
Jumaat, 31hb Januari-
5th day. Finally, sepupu baru habis exam, so dorg yang bawa kami ke luar istanbul, which is Bursa!
1. Ulu Cami
2. Uludag.
-Teleferik ( TL20)
-Skiing (TL16)
- Coaster to Bursa TL1100.
Let's play with the snow!!!
my cousin, syahmi dan firas.
Sabtu, 1hb Februari-
6th day tour guide sepupu sendiri.
1. Panorama (TL8)
2. Hagia Sophia (TL24)
3. Sulaimaniye cami
Panorama
Hagia Sophia
Sulaimaniye Cami
Ahad, 2hb Februari-
6th day. Shoppping day.
Actually, kami plan nak ke grand bazaar hari akhir ni..last2, tour guide pun baru ingat, AHAD GRAND BAZAAR TUTUP!!! T.T
Ust.Firman bagi cadangan tuk shopping kat spice bazaar. Alhamdulillah ade jugak tempat nak shopping. Huuuuuu......
Our last day in istanbul.
Isnin, 3hb Februari-
Awal pagi dalam pkul 4am, kami bertolak ke ataturk airport. Flight dalam pukul 6am.
Sayu rasa nak tinggalkan turkey. Tempatnya cantik secantik penduduknya. :D
Rasa nak pergi lagi. Memang tak rugi pergi sana! InsyaAllah ada rezeki nak datang turkey lagi. Banyak lagi tempat yang belum ziarah. InsyaAllah satu hari nanti. :)
Sekian, itu saja daripada saya,
Athirah Aqilah.