Assalamualaikum wrt wbt... :)
Tahun ini raya di Malaysia jatuh pada 29hb Julai 2014.
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan, mari kita raikan hari kemenangan kita di bulan syawal ini!
Tiga hari sebelum raya, kami sekeluarga pulang ke kampung belah daddy di kuala pilah, negeri sembilan. Sebelum ke kampung, kami ziarah arwah atuk dan nenek. Petang tu, Uncle Lan sekeluarga tiba. Kami kemas kampung yang kini tiada penghuni. Kampung kelihatan lebih kemas selepas selasai kemas. Sebelum masuk maghrib, kami hidang makanan untuk berbuka, manakala lelaki pula petik buah manggis, rambutan dan sebagainya.
Selepas berbuka, Syahmi mengimami kami solat maghrib. Selesai solat maghrib, ade tazkirah daripada ustaz2 yang baru balik from Turkey, iaitu Syahmi dan Firas. Waaaaahhhh hebat2 tazkirah yag mereka kongsi. Semoga Allah memberkati mereka berdua. Habis je tazkirah, kami bergegas ke surau. Azry, adikku melaungkan azan isyak. Imam isyak pula diketuai Firas. Selepas itu, terawih 4 rakaat pertama diketuai oleh Amirun, adikku, 4 rakaat kedua diketuai Azry. Akhirnye witir 3 rakaat diketuai Afiq, abangku. Alhamdulillah, selesai solat untuk malam ni.
Pulang rumah, laki2 excited nak main mercun dan bunga api.
Family photo. (Ini ade 3 family je, yg lain tak balik lagi.)
After main bunga api dan makan, saya sekeluarga bersiap untuk pulang kampung belah mum pulak di teluk intan, perak. Kami bertolak dalam pukul 12am.
Perjalanan ke perak sepatutnya dalam 4 jam dari kuala pilah, tapi disebabkan jalan jem, kami tiba di perak lepas subuh, so total 6 jam. Disebabkan jem, kami hanya sahur dalam kereta. Keluar je dari highway, kami sempat solat subuh di masjid. Allah, ramainya orang menunaikan solat subuh pagi ni. Kalau lah macam ni setiap hari, pasti orang kafir gentar dengan umat islam. :)
Alhamdulillah, sampai kampung. Opah dah tunggu kami! Keluarga saya yang pertama sampai di kampung. Kami terlalu letih, sampai je kampung, terus cari tempat tidur. Huhu.. Dalam pukul 12.30pm barulah semua nak bangun. Petang tu, kami tolong opah dan maksu kemas rumah sikit2. Dua hari lagi nak raya!!!
Sehari sebelum raya, keluarga Ayah Ard pula sampai. Pekerja pun bertambah. :D Semua kena buat kerja. Susun kuih raya, pasang langsir, masak masakan raya, dan sebagainya. Bestnya ramai orang di kampung. Raya tahun ni, 3 family je ade. Lagi dua raya belah sana dulu. Hmmmm... :(
Okay, raya time!!!
Jangan lupa mandi sunat AidilFitri. :)
Pagi2 kami ke masjid solat sunat raya. Ramainya orang dimasjid. Lepas solat sunat, ada tazkirah. Alamak, tazkirah dia lama, kami mengantuk!!! Dah tersengguk-sengguk dah kami semua. Haha....
Habis tazkirah raya, kami pulang ke rumah. Semua siap2 nak salam raya. Seronoknyaaaa........dapat duit raya!!!!! :P
Ni gambar keluarga saya. :)
Selfie time...:D
Salam raya
dapat duit raya!!!
Raya rumah adik-beradik opah.
bagan datoh.
Open house rumah pakcik belah daddy...
Alhamdulillah, tahun ni dapat balik kampung dua2 belah mum and dad.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog saya. :)
Sekian, terima kasih,
Athirah Aqilah.