Monday, January 26, 2015

Dumyat, Mesir.

Assalamualaikum wrt wbt.

Sabtu, 24.1.15
Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun ktorg plan nak pergi dumyat. Ingat macam tak jadi dah pergi, tapi berusaha jugak akhirnya sampai kami ke dumyat.

Ceritanya, ktorg ahli bait nak spend winter break sama-sama x kisahla kat mana. Tapi ade yang tak dapat join sbb jauh sngt dari cairo. So, ktorg cari jugak tmpt yang tak berapa jauh. Lepas ramai orang duk cerita-cerita pasal dumyat, ktorg pun rancanglah nak pergi dumyat. Ktorg siap bagi tugas lagi. Hanisah pengarah, Kak Syu, Nawwar dan Suri AJK makanan, Kak Fathiyah dan Syamidah AJK tempat, Nabilah dan saya pula AJK permainan.

Alamak, ade masalah lagi. MUSHRIF! >.< mane nak cari????
Since kita duduk mesir, kalau nak berjalan jauh-jauh tu, eloklah guna mushrif. Jadi bodyguard la kononnye.
Ktorg plan nak sewa kereta avanza je, sekali driver tu cakap boleh masuk 6/7 orang je. Memang tak muatlah. Ktorg sahaja dah 8 orang. Mushrif lagi?!

Carilah tremco(van) pulak. Tapi sewa tremco mahal LE750 sehari. Kalau bahagi dengan 8 orang macam mahal je.. XD So, ktorg pun carilah ikhwah A.K.A mushrif sebanyak 6 orang. Message lah semua kawan lelaki yang ktorg kenal. Memang susahlah nak dapat sebab ramai yang dah pergi dumyat atau ade yang nak pegi sinai, matruh dan tempat lain selain dumyat. Haish memang frust tak dapat jumpa orang nak pergi dumyat.

Alhamdulillah, akhirnya, adelah 3 ikhwah tahun 5 nak join, pastu ade jugak 3 ikhwah tahun 3 nak join. Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!!!

Ade lagi cerita. Asalnye plan ktorg tak nak cari akhowat tapi nak ikhwah sebab ingat nak "Marjan's family day". Kiranye kalau ktorg ambl ikhwah, x campur lah kot. Dorang buat hal sendri, ktorg buat hal sendri. So, kita-kita jelah. Tapi akhirnye, sekali je sebab fikir pasal makanan lagi. Kesian pulak ikhwah nnt kalau tak bagi dorg makan sekali.

So, pukul 4am semua dah bersiap. Tremco datang ambil ktorg depan rumah. Lelaki pun semua kumpul depan rumah ktorg. Sebelum subuh, ktorg dah pun bergerak.

"Ya Allah, dengan permusafiran kami ini, tambahkanlah ilmu kami dan redhailah sepanjang perjalanan kami ini."

Bila azan subuh berkumandang, kami singgah masjid untuk solat. Tak sangka bersihnya masjid ni. Kagum sekejap.
Selepas selasai solat berjemaah, kami teruskan perjalanan kami selama 4 jam. Tersengguk-sengguk semua orang dalam tremco tu.:D

Lebih kurang jam 9 am, kami tiba di Dumyat! Excited nye!!! ramainye orang melayu ade nak sini....
First lepas turun dari tremco, mesti cari tandas. Allahu, kotornyaaaaa tandas dia!!!!!!!!! tak selesanya! :(

Lepas dapat satu pondok, kami tinggalkan bagasi dan makanan disitu kemudian terus menuju ke arah laut untuk kutip kerang. Subhanallah, banyaknya kerang!!!



















Pelbagai jenis kerang kami jumpa!!!!!


















Ni kerang yang masih hidup. First time tengok kerang yang masih bernyawa. 
Alamak, geli la pulak nak pegang. XD
Rupenya kerang ni pemalu bagai daun semalu. Bila sentuh dia je, terus tutup "shell" dia. Haha comellah awak!
Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu ini ya Allah.













Activity mengutip kerang. (Sorry korang saye x kutip banyak sangat. Terlalu excitedlah rase macam setiap langkah tu nak ambil gambar kerang je. Hehehe....)






Ni usaha ikhwah nak jaga api daripada terpadam. Hahaha...kelakar pun ade.






Ni pondok kami. :)








BBQ time. Arang pulak kekurangan jadi kami bakar mane yang mampu je...



Eceyh, macam gaya datin2 dah bawak spec hitam dan payung bagai!


Gambar ni ikhwah kejam, mula-mula semua pandang camera, lepas kira 1,2......3..
Dorang pandang tempat lain. -_-






Ya Allah, terasa bersyukur yang amat Kau izinkan aku ke sini bersama kawan-kawanku yang tercinta. Bersama kami melihat keindahan ciptaan-Mu. Luasnya laut, darat dan langit-Mu ya Allah. Terasa amat kecil diri ini dan membuat aku terfikir, siapakah aku yang terlalu kecil ini di mata-Mu ya Allah. :'(
Jadi benarlah rupa itu bukanlah yang Allah lihat tetapi iman, taqwa dan keikhlasanlah yang dapat membezakan antara makhluk-makhluknya.

Ya Allah, dekatkanlah diri kami ini pada-Mu sentiasa. :')

"Allah akan ampunkan dosa hambanya walaupun sebesar gunung kerana rahmat dan penyayangNya Itu seluas lautan." :')

Alhamdulillah.

Sekian,
Terima kasih.
Athirah Aqilah.

No comments: